RSS

Sinopsis sinetron rindu awak 200%




     https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiM4CAZb2n0QIKY41XbIPoH97sNkNm2dkyIV3MgxMydumiW7wS7XDpT5HoC-gVd-D8lnK2uhxVeO_LjSzmR2J-eXLVD1U2iJtRhwjfbOXduHtvY5inH60oQmjzXaxaaG_djbcAvZFaQjFN3/s1600/Snapshot_57.png

NAMA PEMAIN
  • Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
  • Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
  • Mimi Ernida sebagai Daria
  • Karl Shafek sebagai Ilhan Darwisy
  • Adeline Tsen sebagai Irene
  • Jonathan Putra sebagai Raizil
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Zahirin
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Raziqah
  • Afzan A.Rahman sebagai Azad
  • Fathil Dani sebagai Iqbal
  • Ika Nabella sebagai Nazneen



Sinetron yang berjumlah 28 episode ini bercerita tentang Armel Aisya gadis yang nakal dan keras kepala belajar di Universiti Chicago Amerika membuat ibu dan ayahnya merancang untuk menjodohkan Armel dengan anak abang angkatnya Iqbal. Perjodohan ini membuat Armel marah pada Ibunya yang tak pernah mempedulikan perasaannya. Di Chicago Armel berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Raizil Dillen kerana perkenalan itu jugalah Armel berubah menjadi liar hingga perbuatannya diketahui oleh orang tuanya di malaysia. Kerana perbuatan itu Armel terpaksa menerima hukuman yaitu menerima lelaki yang akan dijodohkan oleh ibu ayahnya. Pada awalnya Raziqah dan Zahirin hanya sekadar menyuruh Armel anaknya berkenalan saja tetapi Raziqah,  takut keadaan Armel akan menjadi lebih liar mereka bertindak untuk menjodohkannya.

Sebelum pulang ke Malaysia Armel kecewa dengan Raizil Dillen . Hubungan mereka putus ini kerana Raizil Dillen menganggap Armel bukan lah calon isteri yang sesuai. Armel merasa tertipu , empat tahun bersama lelaki itu tetapi lelaki itu tidak pernah menganggap Armel kekasih hatinya. Pulang ke malaysia Armel terus ditunangkan dan mereka tidak pernah berjumpa antara satu sama lain . Hingga lah suatu hari Zill Faezrul berjumpa sendiri dengan tunangnya. Armel meminta agar Zill memutuskan pertunangannya. Dan dalam berat hati Zill setuju. Pertemuan yang tidak disengajakan antara Armel dan Raizil bersama tunangannya merasa diri nya tercabar. Armel nekat untuk bersetuju berkahwin dengan Zill setelah Armel sendiri meminta perhubungan mereka diputuskan. Armel ingin membuktikan dia bahagia disamping lelaki pilihan keluarga.


Zill yang pernah bertunangan lima tahun dulu susah untuk melupakan kenangan masa lalu. Esyana meninggal dunia akibat kecelakaan. sejak itu Zill tidak pernah mencari pengganti. Pada Zill , Armel adalah jodoh yang Allah berikan padanya.  Tak sampai 24 jam pesta pernikahan Armel dan Zill , Armel menuntut cerai dari suaminya. Bermulalah  pentengkaran berlaku. Ini membuatkan Armel selalu rasa sakit hati pada zill jika Zill buat tak peduli.


Zill yang bertugas sebagai Pilot terpaksa meninggalkan Armel dalam beberapa hari demi tugasnya. Dalam waktu itu orang tua Armel memerhatikan anaknya. Armel tidak pernah tahu apa kerja Zill sebenarnya atas permintaan Zill, Zill hanya di kenali sebagai juruteknik di KLIA .Zill mau Armel menerima dirinya apa adanya. Saat zill tidak ada Armel menjadi tanda tanya dan penasaran. Bila ditanya kedua orang tuanya seakan merahasiakan sesuatu darinya. 


Armel diterima kerja diperusahaan sahabat baik Zill tanpa sepengetahuan Armel. Di situ Armel bertemu dengan Raizil. Raizil sekali lagi coba menggoda Armel tetapi hatinya sudah beku dengan lelaki itu. Raizil selalu mengambil peluang untuk mengambil hati Armel.  Hingga suatu hari Armel berjumpa Zill bersama kawan serumah Ezyana , Jaslieyatul di toko persiapan pernikahan. Kerana salah paham itu Armel menerima lagi Raizil dalam hidupnya. Tetapi Armel tidak tahu muslihat buruk Raizil. Raizil ingin bersama Armel kerana sekadar ingin membalas dendam. Sejak bersama Raizil perubahan Armel amat ketara. Ini membuat resah Zill dan Raziqah dan Zahirin sebagai orang tuanya. 


Dengan Pertolongan Daria sahabat Armel , Zill dapat menemukan Armel . Armelpun berhasil selamat dari perbuatan jahat Raizil. Armel merasa bersalah karena terlalu mengikut hati batunya. Disaat Armel menyesali perbuatannya ayah Zill meninggal dunia. Armel tak sempat untuk memohon ampun pada mertuanya.


Sejak itu Armel banyak berubah , Armel cuba mengenali siapa suaminya Zill Faerzul. Mereka berpindah rumah untuk memulai kehidupan yang baru . Armel mulai kerja yang diminatinya fashion setelah dipecat di perusahaan sahabat baik Zill, Tuan Faris . Walaupun pernah dipanggil kembali untuk berkerja , Armel mengambil keputusan untuk berkerja sendiri dan memperkembangkan minatnya di dunia fashion. Di saat mereka menyemai benih cinta, Irene rekan kerja Zill yang terlalu obsesi mengejar cintanya. Ini membuat Zill cemas . Zill yang tak pernah membalas cinta Irene membuatkan Irene semakin berani mengganggu Armel. Irene juga bertindak lebih ganas hingga Zill tertusuk dalam suatu pertengkaran







Cr : http://eizzara-eizzaty.blogspot.co.id

0 komentar:

Posting Komentar